Tuesday 9 September 2014

Mengorak langkah berbisnes

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah hampir 5 bulan rupanya sy berkecimpung dalam dunia bisnes Hai-O Marketing. Memulakan langkah pada akhir April yang lalu, sy tekadkan dalam hati untuk fokus dan berjaya dengan bisnes ini. Bukan tidak pernah berbisnes sebelum ini, tetapi lumrah kehidupan ada jatuh bangunnya. Dan akhirnya sy yakin dengan bisnes yang sedang sy jalankan sekarang.



Bermula dengan modal yang kecil, sedikit demi sedikit sy cuba menambahkan lagi modal untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan ini. Dan kini sy sedang menuju ke matlamat jangka pendek sy yang pertama. Mungkin sesetengah individu yang lain sudah pun mencapainya dalam masa hanya dua atau tiga bulan sahaja. Namun bagi sy, biarpun sedikit lambat, itu tidak megapa asalkan sy teruskan dengan konsisten dan tidak berhenti di separuh jalan. Lagipun, buat masa ini sy hanya berbisnes separuh masa sahaja. Tidak mustahil ia akan menjadi perniagaan sepenuh masa nanti.




Menceritakan kembali detik-detik perkenalan sy dengan bisnes ini, ia bermula dari pemerhatian sy terhadap seorang sahabat lama; kak Ain semasa pengajian diploma dahulu. Saban hari sy melihat perkembangan bisnes yang dilakukan olehnya. Sedikit-sedikit beliau mendaki tetapi telah mula menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan. Dari situ sy mula tercabar dan yakin yang sy juga mampu melakukan sepertinya dan mendapat kejayaan seperti mentor-mentor yang terdahulu yang telah menggenggam kejayaan sebelum ini.




Yang menariknya bisnes ini, sy tidak keseorangan menjalankannya. Sy berada dalam kumpulan yg besar iaitu Professional Intelligent Network (PIN) di bawah kendalian seorang mentor merangkap leader yang hebat yang namanya juga seiras nama sy; MURSYIDA BT. MOHSIN. Melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapainya membuatkan sy semakin yakin yang sy melakukan sepertinya. Sy sentiasa dibimbing dan tidak dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Kelas yang disediakan dua kali seminggu di samping personal coaching yang tidak mengira masa memberikan motivasi kepada sy untuk berjaya dalam bisnes ini.




Jom sertai sy dalam berbisnes! Ianya tidak sesusah mana kerana banyak dijalankan secara online. Tidak kiralah surirumah, pelajar atau pekerja profesional sekalipun, ia terbuka untuk sesiapa sahaja yang mahu memajukan diri sendiri. 




Man Jadda Wa Jada
Siapa yang berusaha, dialah yang mendapat hasilnya !!!





No comments:

Total Pageviews