Thursday 5 July 2012

Jelajah > Taman Rama-rama Pulau Pinang

Assalamualaikum

Kali ini sy ingin kongsikan pula cerita tentang Taman Rama-rama Pulau Pinang (Penang Butterfly Farm). Secara jujurnya, ia bukanlah tempat pertama yang ingin kami lawati apabila menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara. Namun, rezeki untuk ke sana tiba lebih awal dan ia sebenarnya menjadi tempat pertama yang dilawati! Ia adalah salah satu momen indah yang terlakar pada detik-detik terawal di Pulau Mutiara.

Sedikit info tentang Penang Butterfly Farm :

Penang Butterfly Farm yang diasaskan oleh David Goh telah ditubuhkan pada tahun 1986 dengan dua objektif utama iaitu berfungsi sebagai destinasi pelancongan dan berkhidmat sebagai pusat pendidikan, rekreasi dan penyelidikan saintifik.

Ia adalah taman rama-rama pertama tropika yang menempatkan secara purata 4000 jenis rama-rama Malaysia dari 120 spesis yang berbeza. Di samping melihat rama-rama, pengunjung juga boleh menikmati keindahan alam semulajadi kerana ia turut menempatkan 300 jenis tumbuh-tumbuhan tropika. Penang Butterfly Farm terletak di penghujung deretan hotel-hotel pelancongan di Batu Ferringhi iaitu di Jalan Teluk Bahang, kira-kira 17km dari bandar Georgetown.


Pengunjung ke Taman Rama-rama Pulau Pinang dapat melihat dan merasai pengalaman dikelilingi oleh ribuan rama-rama yang berterbangan dalam persekitaran semulajadi. Pengunjung juga dapat melihat pelbagai jenis serangga dan reptilia terpilih yang turut ditempatkan dalam taman ini serta pameran rama-rama yang telah diawet. Info lanjut


Waktu Lawatan :
Isnin - Ahad termasuk cuti umum : 9.00 pagi - 6.00 petang (last entry at 5.00 pm)
Cuti Tahun Baru Cina : Separuh hari
Dibuka 365 hari setahun.

Harga Tiket :
 Pemegang Mykad : RM18.00
Pemegang Mykid : RM 10.00

Seingat sy, Madihah tidak dikenakan bayaran kerana berumur kurang dari 4 tahun.

Galeri gambar :
  






 





Antara spesis rama-rama di Penang Butterfly Farm :

  

 

  




Subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan.

Jom ke Penang Butterfly Farm!


No comments:

Total Pageviews