Monday 20 February 2017

Cerita baru 2017~

Assalamualaikum

Catatan terakhir pada Tahun 2014???
Sekarang dah masuk 2017.
Amboi lama sungguh menyepi ini!
Bukan tak ada idea, tapi ada sikit 'M' itu la masalahnya..huhu

Ok, jom kita aktif semula!
Update terkini : Dah ada 2 orang si jantung hati. 
Jadi, banyak benda nak kena edit dalam blog ini, hihi..

Tak apa, kita buat sikit-sikit ye. Nanti lama-lama jadi bukit.



Sekadar gambar hiasan.

Si jantung hati pertama.
Gambar pertama yang diambil masa beli telefon baru, tahun 2013.




Si jantung hati kedua.
Gambar ini masa umur 3 bulan.
Sekarang dah nak masuk 1 tahun 3 bulan.


Ok, nanti kita cerita lagi.
Babai.


Love,
MamaMur

Sunday 28 September 2014

BB Plus Collagen lagi...

Assalamualaikum

Ok, kita sambung cerita tentang BB Plus Collagen lagi ye. Kenapa semua orang terutamanya wanita macam taksub sangat dengan kolagen ini? Adakah ianya untuk tujuan kecantikan semata-mata? Oh, tentu sekali tidak! Kenapa?




Seperti yang kita sedia maklum, kolagen ini penting untuk tubuh kita. Bagus untuk kulit, gusi, kuku, tulang, sendi-sendi dan banyak lagi. Bukan untuk cantik sahaja, tetapi lebih kepada sihat. Tapi, kalau pakej sihat dapat cantik sekali, siapa yang tak nak, kan? Gituuu.....


KEBERKESANAN

BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


CARA PENGAMBILAN

Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.




Satu perkara lagi yang best ialah BB Plus Collagen ini mesra pesakit jantung dan diabetes. 

Tanpa Gula dan Kolesterol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes. So, no worries!


KANDUNGAN UTAMA

Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal dan inulin.


Berminat? 

Tidak perlu tunggu lagi, cepat cepat cepat!

Segera sms/whatsapps 012-3217550 untuk mendapatkan BB Plus anda hari ini juga !!!


Harga?

Hanya RM180/20 sachet

Sangat berbaloi dengan keberkesanannya (",)

Dan untuk pembelian sekarang, ada promosi lagi !!!



PROMOSI :

# Pos percuma ke seluruh Malaysia !!!

# Hadiah percuma untuk setiap pembelian !!!

Jangan malu, jangan segan untuk SMS/Whatsapps

012-3217550





Monday 22 September 2014

Produk - BB PLUS

Assalamualaikum

Laris sungguh jualan BIOSELEZA macam pisang goreng panas. Satu negara out of stock!! Memang dasyhat! Bila orang dah tahu kebaikannya, memang tak tunggu lama dah. Semua nak menjaga kesihatan masing-masing. Bagi yang belum mendapatkan BIOSELEZA, jangan risau sebab syarikat dalam proses untuk restock semula. Bila dah ada stok baru, sy akan maklumkan di sini dan anda boleh cepat-cepat hubungi sy, okay! 

Ok lah, hari ini nak cerita pula tentang BB Plus, salah satu killer product juga dari Hai-O Marketing. Apa itu BB Plus? Oh, BB Plus ini ialah sejenis minuman kolagen. 




Pertama sekali, kita kena tahu juga fakta tentang kolagen dan apa fungsinya. Secara ringkasnya, kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. 

Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.



Kolagen ini sangat penting dalam tubuh kita. Antara fungsi kolagen adalah seperti berikut :




Dan sekiranya tubuh badan kita kekurangan kolagen, maka akan timbullah masalah-masalah seperti di bawah :



Jadi, memang terbukti kolagen sangat penting untuk badan kita. 
Tetapi, persoalannya mengapa perlu memilih BB Plus?

BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. 

Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. 

Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 







CARA PENGAMBILAN

Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. 
Elakkan daripada menggunakan air panas. 
Kacau dan sedia diminum. 
Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.

BB Plus tanpa gula dan kolesterol untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.




Berminat? 

Segera sms/whatsapps 012-3217550 untuk mendapatkan BB Plus anda !!!


Harga?

Hanya RM180/20 sachet

Lebih murah berbanding kolagen lain (",)

Dan untuk pembelian sekarang, ada promosi lagi !!!



PROMOSI SEPTEMBER :

# Penghantaran percuma untuk kawasan sekitar Ampang

# Pos percuma ke seluruh Malaysia

# Hadiah percuma untuk setiap pembelian !!!

Jangan malu, jangan segan untuk SMS/Whatsapps

012-3217550






Wednesday 17 September 2014

Mengapa perlu bertukar kepada BIOSELEZA??

Assalamualaikum

Ok, hari ini kita nak sambung cerita tentang sebab-sebab mengapa kita perlu bertukar kepada BIOSELEZA
Tapi sebelum itu jom tengok antara fakta yang kita perlu tahu :






Oppsss, tuala wanita boleh menyebabkan kanser? Kita juga sebenarnya turut terdedah dengan risiko kesan dari pengunaan tuala wanita. Sangat menakutkan!
Sekiranya boleh dicegah, mengapa tidak kan? 
Kita mempunyai pilihan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum!

Ok, sebelum ini kita dah cerita tentang keistimewaan BIOSELEZA kan? Boleh baca kat sini
Kenapa ia istimewa sangat ini? Sebabnya BIOSELEZA adalah tuala wanita yang dihasilkan dengan teknologi nano berkualiti tinggi! Bukan pad biasa, tetapi sangat luar biasa!

Apa Teknologi Nano itu? Jom tengok kat bawah...




BIOSELEZA ini mengandungi tenaga BIO VELOCITY yang menggabungkan : 
SINAR INFRARED JAUH (FIR)
berfungsi melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan metabolisma

ION NEGATIF
berfungsi untuk membunuh kuman pada organ intim wanita, menghilangkan bau serta membantu keseimbangan hormon

NANO PERAK 
berfungsi untuk membunuh bakteria




Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa BIOSELEZA bukan tuala wanita yang biasa-biasa sahaja. Semuanya dihasilkan dengan teknologi berkualiti tinggi demi memastikan seluruh kaum hawa mendapat manfaat dan kebaikannya.

Mencegah kan lebih baik dari mengubati?

BIOSELEZA juga boleh membantu merawat masalah-masalah sakit puan seperti keputihan. senggugut, cyst dan lain-lain.

Berminat untuk mencuba? Memang tak boleh tangguh-tangguh dah ini. Kena dapatkan hari ini juga!


Harga?


1. Bio Seleza Mixed Set :

30 pcs x 2 pack pantyliner
10 pcs x 2 pack day safe
8 pcs x 1 pack night safe
8 pcs x 1 pack extra night

* Retail RM131 
Ahli RM114

= Total 96 pcs

-----------------------------------------------------------

2. Bio Seleza Day Safe :

10 pcs x 6 pack day safe

* Retail RM128  
*Ahli RM111

= Total 60 pcs

-----------------------------------------------------------

3. Bio Seleza Panty Liner :

30 pcs x 6 pack pantyliner

* Retail RM138 
* Ahli RM120

= Total 180 pcs

------------------------------------------------------------------

Nak beli 1 pack sahaja? Tak ada masalah! 
Boleh pilih jenis pack yang mana, atau nak campur mana-mana pack pun boleh =) 

Dan untuk pembelian sekarang, ada promosi lagi !!!


PROMOSI SEPTEMBER :

# Penghantaran percuma untuk kawasan sekitar Ampang

# Pos percuma ke seluruh Malaysia dengan pembelian 2 unit & ke atas

# Hadiah percuma untuk setiap pembelian !!!

Jangan malu, jangan segan untuk SMS/Whatsapps

012-3217550



BIOSELEZA
Kerana Dirimu Begitu Berharga (",)






Thursday 11 September 2014

Produk - BIOSELEZA



Assalamualaikum

Ok, hari ini sy hendak mula bercerita tentang produk-produk dari Syarikat Hai-O Marketing. Dulu syarikat ini terkenal dengan penapis air Bio-Aura. Tetapi sekarang, syarikat sudah banyak mengeluarkan produk-produk kecil dengan harga mampu milik.

Antara produk yang sedang hangat sekarang adalah produk penjagaan diri Marine Essence (ME) yang terdiri daripada sabun kecantikan, syampu, body wash dan ubat gigi. Kesemua produk ini berasaskan garam buluh. Ha, yang itu nanti kita cerita kemudian ye!

Selain dari produk ME, terdapat juga produk-produk hebat lain yang sentiasa mendapat permintaan tinggi sehingga ke hari ini seperti Premium Beautiful, Bio Velocity Sleep Mate (BVSM), Collagen BB Plus dan Mineral Coffee. Dan yang terbaru serta paling top dan laris sekarang adalah BIOSELEZA.

Ok, sekarang ini kita fokus pada BIOSELEZA dulu ye. BIOSELEZA ini adalah feminine pad dan pantyliner. Fungsinya yang asas seperti yang semua sedia maklum lah. Tapi, apa keistimewaan BIOSELEZA ini?

Jom kita tengok kat bawah ini  >>>>>



Dan inilah rupa bentuk BIOSELEZA itu. Packaging pun sudah nampak cantik kan? Apatah lagi isi kandungannya, memang sangat cantik untuk menjaga aset dalaman para wanita (",).




Yang ini pula adalah kebaikan utama mengapa kita harus bertukar kepada BIOSELEZA :




Apa pula BIO VELOCITY ENERGY itu? Ha, tengok kat bawah ini...




Ok, sekarang kita sudah faham kan keistimewaan dan kebaikan menggunakan BIOSELEZA ini. 
Jadi, hendak tunggu apa lagi? 
Jom kita bertukar sekarang !!!


HARGA?
Nampak tak kat kotak atas itu? Hehe...


PROMOSI SEPTEMBER :

# Penghantaran percuma untuk kawasan sekitar Ampang

# Pos percuma ke seluruh Malaysia dengan pembelian 2 unit & ke atas

# Hadiah percuma untuk setiap pembelian !!!

Jangan malu, jangan segan untuk SMS/Whatsapps
012-3217550



BIOSELEZA
Kerana Dirimu Begitu Berharga (",)





Tuesday 9 September 2014

Mengorak langkah berbisnes

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah hampir 5 bulan rupanya sy berkecimpung dalam dunia bisnes Hai-O Marketing. Memulakan langkah pada akhir April yang lalu, sy tekadkan dalam hati untuk fokus dan berjaya dengan bisnes ini. Bukan tidak pernah berbisnes sebelum ini, tetapi lumrah kehidupan ada jatuh bangunnya. Dan akhirnya sy yakin dengan bisnes yang sedang sy jalankan sekarang.



Bermula dengan modal yang kecil, sedikit demi sedikit sy cuba menambahkan lagi modal untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan ini. Dan kini sy sedang menuju ke matlamat jangka pendek sy yang pertama. Mungkin sesetengah individu yang lain sudah pun mencapainya dalam masa hanya dua atau tiga bulan sahaja. Namun bagi sy, biarpun sedikit lambat, itu tidak megapa asalkan sy teruskan dengan konsisten dan tidak berhenti di separuh jalan. Lagipun, buat masa ini sy hanya berbisnes separuh masa sahaja. Tidak mustahil ia akan menjadi perniagaan sepenuh masa nanti.




Menceritakan kembali detik-detik perkenalan sy dengan bisnes ini, ia bermula dari pemerhatian sy terhadap seorang sahabat lama; kak Ain semasa pengajian diploma dahulu. Saban hari sy melihat perkembangan bisnes yang dilakukan olehnya. Sedikit-sedikit beliau mendaki tetapi telah mula menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan. Dari situ sy mula tercabar dan yakin yang sy juga mampu melakukan sepertinya dan mendapat kejayaan seperti mentor-mentor yang terdahulu yang telah menggenggam kejayaan sebelum ini.




Yang menariknya bisnes ini, sy tidak keseorangan menjalankannya. Sy berada dalam kumpulan yg besar iaitu Professional Intelligent Network (PIN) di bawah kendalian seorang mentor merangkap leader yang hebat yang namanya juga seiras nama sy; MURSYIDA BT. MOHSIN. Melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapainya membuatkan sy semakin yakin yang sy melakukan sepertinya. Sy sentiasa dibimbing dan tidak dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Kelas yang disediakan dua kali seminggu di samping personal coaching yang tidak mengira masa memberikan motivasi kepada sy untuk berjaya dalam bisnes ini.




Jom sertai sy dalam berbisnes! Ianya tidak sesusah mana kerana banyak dijalankan secara online. Tidak kiralah surirumah, pelajar atau pekerja profesional sekalipun, ia terbuka untuk sesiapa sahaja yang mahu memajukan diri sendiri. 




Man Jadda Wa Jada
Siapa yang berusaha, dialah yang mendapat hasilnya !!!





Sunday 7 September 2014

Wajah baru lagi...

Assalam

Sempena nak ambil mood untuk aktif berblog semula, kita tukar sikit wajah blog kesayangan hamba ini. Semoga ia akan memberikan semangat dan motivasi untuk terus aktif seperti sebelumnya, malah jika boleh mahu lebih aktif lagi!

Berkobar-kobar nampaknya semangatnya. Harap-harap tidaklah hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hihihi...


Hiasan semata-mata =)

Jumpa lagi !!!


Total Pageviews