Friday 8 February 2013

Jelajah > Pesta Pulau Pinang

Assalam

Menyambung lagi catatan siri penjelajahan. Kali ini, sy ingin bercerita pula tentang Pesta Pulau Pinang. Untuk makluman semua, Pesta Pulau Piang adalah ekspo perdagangan yang diadakan setiap tahun di Tapak Pesta di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Ekspo perdagangan ini diadakan sepanjang bulan Disember dan telah diadakan setiap tahun sejak lewat 1960-an lagi.

2010

Uniknya, pesta ini mempunyai tapaknya sendiri dan hanya dibuka selama sebulan sahaja bagi setiap tahun. Selebihnya, tapak ini akan ditutup selama hampir 11 bulan dan tidak dibuka untuk apa-apa program sekali pun. Tapak pesta ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Stesen Bas Sg. Nibong dan hanya mengambil masa 5-10 minit perjalanan dari USM.

2011

Mini I-City

Makan dulu~

Naik kuda!

Kedai

Karpet, tikar, murah murah...

Menjejaki tahun terakhir (tahun ke-3) di Pulau Mutiara, maka sy telah pun menjejakkan kaki ke sini lebih dari 3 kali kerana biasanya, sy akan pergi dua kali bagi setiap tahun. Pergi sekali di awal bulan sekadar untuk window shopping dan berjalan-jalan, kemudian akan pergi sekali lagi di akhir bulan untuk membeli barangan yang ditawarkan pada harga lelong, haha..

2012

 
Taman Mini (Mini I-City)

Pesta Walk - deretan gerai di bawah khemah

Replika Feri

Kedai

Model cilik~

Kids Zone~

Terima Kasih & Jumpa Lagi!

Pesta ini umumnya mempunyai deretan kedai yang menjual pelbagai barangan seperti beg, baju, barang permainan, karpet, makanan dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga Taman Mini, Persembahan Budaya di pentas utama, Replika Rumah Negeri, Rumah Kraftangan, Rumah Lebah, Fun Fair, Kids Zone dan pelbagai aktiviti lain untuk menarik minat pengunjung. Pesta Pulau Pinang turut menyediakan kemudahan surau, medan selera dan tandas awam untuk kemudahan para pengunjung.

Bayaran masuk :
Dewasa : RM 3.00
Kanak-kanak : RM 1.00
Tempat letak kereta : RM 2.00

Dibuka pada :
6.00 petang hingga 11.30 malam
1 Disember sehingga 1 Januari setiap hujung tahun
(tarikhnya kadang-kadang dilanjutkan sehingga seminggu mengikut keadaan)

JOM PI PESTA PULAU PINANG!!

No comments:

Total Pageviews