Tuesday 24 May 2011

Tragedi di pagi hari

Salam

Alkisahnya kejadian berlaku di pagi hari semalam...

Mama baru lepas mandikan si kecil. Mama pun sedang bersiap-siap untuk keluar. Seperti biasa, selepas menyiapkan si kecil, mama keluar dari bilik menuju ke dapur untuk menyiapkan susu untuk si kecil. Usai menyiapkan susu, mama kembali semula ke bilik. Beberapa langkah sebelum sampai ke pintu bilik, si kecil kelihatan memegang pintu dan terus menutupnya tanpa sempat mama masuk.

Dan di sinilah bermulanya tragedi itu. Pintu terkunci dan si kecil berada di dalam bilik! Hendak dijadikan cerita, tombol pintu itu sememangnya sudah rosak dan hanya orang di dalam bilik yang boleh membukanya jika pintu itu ditutup. Dan sekarang? Si kecil berada di dalam bilik. Jangankan hendak dibuka, tangan si kecil pun masih belum sampai untuk memegang tombol pintu. Aduh, macamana nak buat ni?

Mama mula berasa risau. Cuak. Cemas. Ya Allah, apa nak buat?? Puas dipulas tombol pintu, namun tidak terbuka. Oh ya, kunci! Mama segera ke bilik bonda, mencari kunci pendua bagi semua bilik di rumah ini. Jumpa. Mama segera kembali semula ke bilik. Dari dalam sudah kedengaran suara si kecil memanggil-manggil mama. Satu persatu kunci dicuba, namun pintu masih belum berjaya dibuka. Aduh, Ya Allah..tolonglah hamba-Mu ini. Kasihanilah anak kecil di dalam bilik ini Ya Allah...

Mama teringat tingkap! Dengan segera mama berlari ke luar rumah. Harap-harap tingkap boleh dibuka. Ya, memang tingkap terbuka, tapi mama masih tidak boleh masuk dan si kecil masih tidak boleh keluar kerana ada jeriji besi. Mama nampak si kecil memukul-mukul pintu sambil memanggil mama. Aduh..hati mama terusik. Mama panggil nama si kecil. Semakin kuat si kecil meraung. Mama panggil lagi. Si kecil pun menoleh ke belakang dan terlihat mama. Segera si kecil menuju ke tingkap. Si kecil hulurkan tangan, minta mama mengangkatnya. Mama sambut tangannya, si kecil makin rapat ke tingkap. Mama tenangkan si kecil walau hati mama bergalang resah. Mama nampak pintu yang terkunci tapi mama tidak mampu membukanya.

Mama cari jalan, berfikir dan terus berfikir. Nak pecahkan pintu? Panggil tukang kunci? Potong jeriji besi? Aduh..nak buat apa ni? Mama dapat idea. Mama cari kayu dan tali. Sambungkan kayu dengan kayu supaya jadi panjang untuk dihulurkan ke dalam bilik sehingga mencapai pintu. Di hujung kayu mama lekatkan pemutar skru untuk mencungkil tombol pintu. Mama cuba dan terus mencuba. Tidak berjaya. Mama fikir lagi. Kemudian, mama buatkan susu untuk si kecil sebagai usaha untuk memujuknya. Mama bagi melalui tingkap. Aduh, sedihnya... Si kecil minum susu sambil baring dalam bilik.

Mama masuk semula ke dalam rumah, ambil pemutar skru dan tukul. Mama cuba untuk memecahkan tombol pintu. Mama ketuk dan terus ketuk, akhirnya tombol menjadi longgar. Mama cuba cungkil pintu tapi tidak berjaya. Mama ambil semua kunci tadi dan cuba buka sekali lagi. Satu persatu mama cuba. Akhirnya....................

Tiba ke kunci yang ketujuh, pintu terbuka! Syukuuurrrrrrrrr pada-Mu Ya Allah!!! Alhamdulillah. Mama terduduk. Si kecil terus meluru dan memeluk mama sambil menangis. Kasihan anak mama. Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusanku. Tidak perlu pecahkan tombol, tidak perlu panggil tukang kunci, tidak perlu potong jeriji besi. Alhamdulillah.

Mama sangat bersyukur kerana dipertemukan semula dengan anak mama. Mama tengok jam, hampir sejam mama bertungkus lumus membuka pintu. Hampir sejam si kecil keseorangan memanggil mama. Pengajaran buat mama, mama perlu lebih berhati-hati dan sentiasa mengawasi pergerakan anak mama.

Pengajaran cerita ini : Sentiasa awasi anak-anak kecil terutama jika ada sebarang risiko yang diketahui. Apa yang penting, sentiasa perhatikan anak anda di mana sahaja dia berada!

Tuesday 17 May 2011

Lilin Seorang Guru

Salam

Semalam, kami sekeluarga menyambut Hari Guru di rumah. Sementara menantikan 'guru' (ibu & adik) pulang ke rumah, kami adik beradik bertungkus lumus menyiapkan hadiah istimewa buat guru-guru dalam keluarga yang kami disayangi.

Menyediakan kek coklat dan coklat buatan sendiri adalah satu kenangan terindah dalam keluarga. Dari kakak, sy, adik sehinggalah ke anak-anak saudara, semuanya berganding bahu menyiapkan hidangan istimewa tersebut. Dan inilah hasilnya :



Dan di bawah ini adalah wajah guru-guru kesayangan kami. Melihat si ibu dan adik yang tersenyum gembira sudah cukup memuaskan hatiku.



Dari kami sekeluarga, Selamat Hari Guru buat mak dan kak cik! Semoga dirahmati Allah & semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan untuk menabur bakti mendidik anak bangsa.




SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru di luar sana! Semoga Allah memberkati kalian. =)

Juga Al-Fatihah buat seorang guru yang telah pergi; arwah ayah tersayang, semoga rohnya sentiasa di sisi Allah, amin...

Buatmu guru :
LILIN SEORANG GURU

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

by : In-Team

Monday 9 May 2011

Selesai sudah...

Salam

Alhamdulillah, semester kedua telah pun berakhir seminggu yang lalu. Dan kini bermulalah cuti semester sebelum sy melangkah ke semester yang baru.

Sekadar mengingat kembali kisah ceritera si kecil semasa musim peperiksaan mama :

1. Mama ambil bekas pensil, ambil pen nak tulis nota, Madihah pun sibuk nak ambil pen juga.

2. Mama tulis nota di buku, Madihah pun conteng buku mama.

3. Mama tengah leka tulis nota, Madihah pun sedang leka conteng sofa dengan magic pen.



4. Mama sibuk tulis nota, Madihah dah conteng kaki dan tangan dia.



5. Mama ambil buku nak baca, Madihah pun ambil buku kat tangan mama nak baca juga.

6. Mama sedang leka baca buku, Madihah tarik muka mama suruh tengok dia.

7. Bila mama tak tengok Madihah, dia mula menangis kuat-kuat.

Madihah, macam mana mama nak baca buku ni?

Semoga Allah permudahkan segala urusanku, Rabbi yassir wala tu'assir.
Dan semoga mama mendapat keputusan yang cemerlang, insyaAllah...Aminnn...

Sunday 8 May 2011

Buatmu IBU ~

Salam

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu



Terima kasih ibu atas segala jasa dan pengorbananmu... Hanya Allah yang mampu membalas segalanya... Ku berdoa agar Dia sentiasa merahmati dan mengasihimu dunia akhirat...

Setiap hari adalah Hari Ibu, kami sayang ibu =)

Total Pageviews