Tuesday, 1 March 2011

PERGI....



http://www.facebook.com/update_security_info.php?wizard=1#!/photo.php?fbid=198798433464541&set=a.191690714175313.50812.100000031588941

Salam

Di kala keheningan malam begini
Melayang ingatanku kepada mereka yang telah pergi
Pergi mengadap Ilahi...
Pastinya ingatan pada ayahanda yang disayangi
Juga insan-insan lain yang dekat di hati...

Baru-baru ini ku kehilangan lagi
Dua insan yang ku kenali
Seorang sahabat seperjuangan sejati
Seorang lagi insan berpengaruh dan berkarisma tinggi
Walau tidak dapat ku iringi ke pusara abadi
Dari jauh ku kirim doa semoga tenang bersemadi...

Mereka telah pergi
Meninggalkan semua yang disayangi
Lantas mengingatkan ku pada hampirnya mati
Yang nyata mati itu pasti
Kerna Tuhan telah berjanji...
Semoga aku diberi kesempatan lagi
Untuk berbakti dan terus berbudi
Mengabdikan diri pada Ilahi
Bukan hanya untuk duniawi
Tetapi juga saham ukhrawi

Ya Ilahi Ya Tuhan kami...
Ampunkanlah dosa-dosa kami
Rahmatilah kami dari segala segi
Lindungilah kami dari perkara keji
Ku mohon pada-Mu Ya Rabbul Izzati

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

~AL-FATIHAH~

Saturday, 12 February 2011

Madihah dan Sukan =)

Salam

Sekadar berkongsi aksi-aksi si puteri kesayangan bersukan. Antaranya ialah berenang, berbasikal, berjoging, bermain bola, bermain badminton dan bermain bowling =)













Majulah Sukan Untuk Kesihatan =)

Friday, 11 February 2011

Busy ~

Salam

Sudah agak lama juga saya tidak menukilkan catatan di blog kesayangan ini. Hakikatnya saya sekarang semakin sibuk.

1. Sibuk sebagai pelajar - buat tugasan, latihan, kuiz, ujian, pembentangan, perbincangan kumpulan dsb.

2. Juga sibuk sebagai ibu - selain melayan karenah, baru-baru ini pelbagai penyakit yang datang menjengah si puteri kesayangan > demam, batuk, selsema, cirit birit, angin... kelam kabut juga dibuatnya, peti ais di rumah sudah menjadi seperti farmasi, penuh dengan botol ubat....

3. Sibuk sebagai isteri - mengemas rumah, memasak dll (itu memang tugasan wajib setiap hari).

4. Dan sibuk lain-lain yang kadang-kadang menuntut pengorbanan dan masa.. sangat meletihkan tetapi harus ditempuh jua.

Minggu lepas saya bercuti seminggu sempena cuti pertengahan semester. Mengambil kesempatan cuti tersebut, saya pulang ke teratak bonda di Meru. Kebetulan kakak dan abang juga balik ke rumah bonda, suasana agak meriah dan banyak aktiviti yang sempat kami lakukan bersama. Bukan senang untuk semua berkumpul memandangkan semua orang mempunyai komitmen masing-masing. Tambahan pula, sejak saya berpindah sementara ke Penang, lagi lah susah untuk berkumpul bersama-sama. Antara aktiviti yang dilakukan :

1. Teman adik ke Pusat Servis Perodua untuk VIVAnya. Hampir tiga jam menunggu, 4 apollo & 1 cawan coffee habis dimakan, tengok tv, baca majalah, puas meneroka satu pusat servis, Madihah main baling-baling mainan macam duduk di rumah (bosan dah tu)..

2. Main bowling di Klang Parade dengan adik-adik, singgah juga di Giant.

3. Bersiar-siar di Taman Tasik Shah Alam dan singgah makan di Seksyen 2 (ABC Special!)

4. Dua kali pergi Tesco makan waffle yang sangat sedap tu! Paling sedap sehingga menjilat jari =)

5. Masak Kek Coklat kukus seperti yang dimasak sebelum ini =)


Ok lah, sehingga berjumpa lagi di lain masa. Sekarang ini saya juga sedang sibuk mengemaskini nota =)

Selamat Malam!

Thursday, 20 January 2011

Catatan Hati Nik Nur Madihah

Salam

Pertamanya, nama di atas bukan cek mek ye, hehe.. Beliau ialah seorang pelajar yang pernah membanggakan negara dengan keputusan SPM 20A's.



Sejak berita ini hangat diperkatakan di negara kita (sekitar bulan 3 2009), saya agak tertarik dan sentiasa mengikuti semua perkembangan si gadis bijak ini. Dan apabila sebuah buku sempena kejayaannya dilancarkan, saya berazam untuk memilikinya. Walaupun ketika itu saya bukanlah seorang pelajar, namun saya merasakan ada sesuatu yang istimewa mengenai si gadis ini. Akhirnya saya berjaya juga memiliki 'Catatn Hati Nik Nur Madihah'.

Alkisahnya, nama si gadis ini turut saya abadikan pada si puteri kesayangan. Bukan sekadar mengikut kerana meminatinya, namun makna MADIHAH yang bermaksud 'yang terpuji' itu lebih penting.

Dan kini apabila saya bergelar pelajar kembali, buku ini amat bermakna dan membantu saya. Pengalaman si gadis dalam menempuh kehidupan yang amat sukar demi menuntut ilmu amat menginsafkan saya. Banyak amalan-amalan yang boleh dicontohi dan dijadikan ikutan dalam mengejar ilmu.

"Barangsiapa yang mahukan akhirat, hendaklah dia menuntut ilmu,
Barangsiapa yang mahukan dunia, hendaklah dia menuntut ilmu,
Dan barangsiapa yang mahukan kedua-duanya, hendaklah dia menuntut ilmu"

Sunday, 9 January 2011

Yummy!!~

Salam

Saya memang peminat coklat dan apa sahaja makanan yang berasaskan coklat - kek coklat, muffin coklat, biskut coklat, air coklat dll. Semalam, tiba-tiba saya rasa teringin untuk cuba membuat kek coklat kukus. Sebenarnya resepi ini sudah lama ada dalam simpanan saya cuma belum berkesempatan untuk membuat sendiri.

(Resepi diberikan oleh pengasuh Madihah di Ampang dulu)

Resepi yang sangat mudah untuk dicuba. Kenapa kukus? Sebab lebih senang, hehe.. Cara-caranya ialah campurkan 1 cawan serbuk koko, 1 tin susu cair, 1 cawan susu pekat, 3/4 cawan minyak masak dan 1 cawan gula pasir ke dalam periuk dan masak sebentar sehingga semua bahan-bahan tersebut larut. Tutup api dan biarkan sekejap.

Kemudian 1 suku cawan tepung kek diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik dan 1 sudu teh soda bikarbonat. 3 biji telur dipukul sehingga kembang.

Seterusnya masukkan tepung dan telur ke dalam campuran serbuk koko tadi. Gaul sehingga sebati. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam acuan dan kukus selama 45 minit. Jangan lupa tutup acuan dengan kertas aluminium agar tidak dimasuki wap air.





Dah siap! Mudahkan?
(terlupa nak ambil gambar bila dah siap, tinggal sebiji baru teringat, hehe)

Saya sengaja memilih acuan yang lebih kecil untuk kelihatan seperti muffin~. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Yang penting, abah & Madihah suka..yummy~!! =)

Selamat mencuba & selamat menjamu selera!

Saturday, 8 January 2011

Menambat hati suami =)

Salam

Cara mudah untuk menambat hati suami. Walaupun ringkas dan senang, penangan air tangan si isteri yang menyediakan hidangan dengan senang hati untuk suami tercinta mampu untuk menambat hati dan perut suami. Ditambah pula jika hidangan tersebut adalah makanan kegemarannya =).

Alkisahnya, hidangan makan tengahari hari ini ialah makanan kegemaran suami. Kebetulan semalam ke Pasar Chow Rasta, sempat beli daging dan hati lembu. Dan inilah hasilnya...





Hati masak kicap + Daging goreng + Budu. Yang penting, suami suka! =)



p/s : hidangan untuk dua orang (sebab itu nampak sikit, hehe), Madihah makan pun tak banyak..sayur pula dah habis, lupa nak beli, jadi tiada sayur, hehe...

Monday, 3 January 2011

Memasuki tahun baru...

Salam

Hari ini, mama hantar Madihah ke nursery baru a.k.a Hadhanah USM. Sebenarnya dari mula-mula sampai di USM, mama memang bercadang nak hantar Madihah ke sini. Tempatnya sangat dekat dengan rumah, boleh berjalan kaki sahaja ditambah pula dengan yuran yang lebih murah. Tetapi masa itu nursery penuh, jadi perlu tunggu sehingga ada kekosongan.

Alhamdulillah, sempena tahun baru, ada rezeki Madihah dapat masuk ke Hadhanah. Pagi tadi mama dah siapkan Madihah awal-awal, beg & barang keperluan semua dah siap dari malam tadi lagi. Pukul 9.00 pagi, mama dan abah hantar Madihah ke Hadhanah. Daftar dan bayar yuran (macam daftar anak sekolah, hehe). Kawasan Hadhanah sangat besar, terdapat beberapa bangunan berasingan untuk setiap peringkat umur. Kemudian, mama teman Madihah masuk ke bilik untuk kanak-kanak 1-2 tahun. Alhamdulillah, memandangkan Madihah sebelum ini sudah biasa duduk di nursery, jadi Madihah tidak menangis dan senang berkawan. Pukul 11.00 pagi mama balik, tinggalkan Madihah bersama cikgu-cikgu dan kawan-kawan barunya. Pukul 5.00 petang mama datang semula dengan abah untuk ambil Madihah. Tanya pada cikgu, katanya Madihah tak menangis, elok sahaja bermain dengan kawan-kawan, makan pun ok, pendek kata semuanya tiada masalah. Alhamdulillah, senang hati mama & abah =). Semoga Madihah terus dapat membiasakan diri dengan suasana baru di nursery baru & pada tahun baru ini.





Pembelajaran mama pula memasuki minggu kedua. Minggu ini, kebanyakan kelas akan bermula. Jadi mama perlu bersedia dengan lebih awal. Tumpukan perhatian dan belajar dengan tekun.

Semoga kehadiran tahun baru membawa bersama kebahagiaan & kejayaan yang lebih bermakna buat kami sekeluarga, insyaAllah =).

Total Pageviews