Salam
Pertamanya, nama di atas bukan cek mek ye, hehe.. Beliau ialah seorang pelajar yang pernah membanggakan negara dengan keputusan SPM 20A's.
Sejak berita ini hangat diperkatakan di negara kita (sekitar bulan 3 2009), saya agak tertarik dan sentiasa mengikuti semua perkembangan si gadis bijak ini. Dan apabila sebuah buku sempena kejayaannya dilancarkan, saya berazam untuk memilikinya. Walaupun ketika itu saya bukanlah seorang pelajar, namun saya merasakan ada sesuatu yang istimewa mengenai si gadis ini. Akhirnya saya berjaya juga memiliki 'Catatn Hati Nik Nur Madihah'.
Alkisahnya, nama si gadis ini turut saya abadikan pada si puteri kesayangan. Bukan sekadar mengikut kerana meminatinya, namun makna MADIHAH yang bermaksud 'yang terpuji' itu lebih penting.
Dan kini apabila saya bergelar pelajar kembali, buku ini amat bermakna dan membantu saya. Pengalaman si gadis dalam menempuh kehidupan yang amat sukar demi menuntut ilmu amat menginsafkan saya. Banyak amalan-amalan yang boleh dicontohi dan dijadikan ikutan dalam mengejar ilmu.
"Barangsiapa yang mahukan akhirat, hendaklah dia menuntut ilmu,
Barangsiapa yang mahukan dunia, hendaklah dia menuntut ilmu,
Dan barangsiapa yang mahukan kedua-duanya, hendaklah dia menuntut ilmu"
No comments:
Post a Comment