Monday, 3 January 2011

Memasuki tahun baru...

Salam

Hari ini, mama hantar Madihah ke nursery baru a.k.a Hadhanah USM. Sebenarnya dari mula-mula sampai di USM, mama memang bercadang nak hantar Madihah ke sini. Tempatnya sangat dekat dengan rumah, boleh berjalan kaki sahaja ditambah pula dengan yuran yang lebih murah. Tetapi masa itu nursery penuh, jadi perlu tunggu sehingga ada kekosongan.

Alhamdulillah, sempena tahun baru, ada rezeki Madihah dapat masuk ke Hadhanah. Pagi tadi mama dah siapkan Madihah awal-awal, beg & barang keperluan semua dah siap dari malam tadi lagi. Pukul 9.00 pagi, mama dan abah hantar Madihah ke Hadhanah. Daftar dan bayar yuran (macam daftar anak sekolah, hehe). Kawasan Hadhanah sangat besar, terdapat beberapa bangunan berasingan untuk setiap peringkat umur. Kemudian, mama teman Madihah masuk ke bilik untuk kanak-kanak 1-2 tahun. Alhamdulillah, memandangkan Madihah sebelum ini sudah biasa duduk di nursery, jadi Madihah tidak menangis dan senang berkawan. Pukul 11.00 pagi mama balik, tinggalkan Madihah bersama cikgu-cikgu dan kawan-kawan barunya. Pukul 5.00 petang mama datang semula dengan abah untuk ambil Madihah. Tanya pada cikgu, katanya Madihah tak menangis, elok sahaja bermain dengan kawan-kawan, makan pun ok, pendek kata semuanya tiada masalah. Alhamdulillah, senang hati mama & abah =). Semoga Madihah terus dapat membiasakan diri dengan suasana baru di nursery baru & pada tahun baru ini.





Pembelajaran mama pula memasuki minggu kedua. Minggu ini, kebanyakan kelas akan bermula. Jadi mama perlu bersedia dengan lebih awal. Tumpukan perhatian dan belajar dengan tekun.

Semoga kehadiran tahun baru membawa bersama kebahagiaan & kejayaan yang lebih bermakna buat kami sekeluarga, insyaAllah =).

2 comments:

CeMoNG said...

tomey aje madihah..hehe..bagus tul usm ade sediakan nursery..bile nk grad ni?

Mursyidah Ahmad Azam said...

tu la, masa mula2 tau ada nursery mmg excited nk hntar sini..
baru je 1st year, ada 2 thn lg =)

Total Pageviews