Tuesday 3 July 2012

Jelajah > Rumah Kelahiran P. Ramlee

Assalamualaikum

Straight to the point, jom sekilas lalu menyusuri sejarah Rumah Kelahiran P. Ramlee...

Sejarah
Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak di Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang merupakan tempat kelahiran Allahyarham P. Ramlee. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee bersama dengan bapa saudaranya Rejab b. Hussein. Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun dan sekali lagi pada tahun 1948. Kini, rumah ini telah pun dibaikpulih semula buat kali ketiganya oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 1991. Walaupun begitu, bentuk asal rumah ini masih dikekalkan.

Riwayat Hidup
Nama sebenar P. Ramlee ialah Teuku Nyak Zakaria b. Teuku Nyak Puteh. Beliau telah dilahirkan pada 22 Mac 1929. Ayahanda beliau adalah seorang ahli pelayaran dari Lho' Seumawe, Acheh yang datang ke Pulau Pinang dan berkahwin dengan Che Mah bt. Hussein dari Kubang Buaya, Butterworth pada tahun 1925. Pada tahun 1948, P. Ramlee telah memasuki dunia perfileman apabila beliau menerima tawaran menyanyi dan berlakon dengan Shaw Brother Malay Film Productions di Singapura.

 Galeri Gambar
   


 Pemandangan dari luar kawasan

         
Perbezaan rumah asal (kiri) dan selepas dibaikpulih (kanan)


 A. BAHAGIAN DALAM
Rumah ini mempunyai tiga bahagian iaitu ruang tamu, ruang tengah yang menempatkan sebuah bilik tidur dan ruang dapur.


           
Ruang tamu (kiri) dan ruang dapur (kanan)
Bahagian ruang tamu merakamkan detik-detik hidup P. Ramlee dari kecil sehingga beliau berhijrah ke Singapura. Manakala ruang dapur memaparkan keadaan kedudukan dapur dan kelengkapan harian. 


 
Bilik tidur; katil dan almari pakaian
Ruang tengah iaitu di hadapan bilik tidur memaparkan alat-alat dan gambar-gambar mengenai kegiatan beliau dalam bidang seni dan sukan. Manakala bilik tidur menempatkan sebuah katil besi, sebuah meja dan cermin yang merupakan kelengkapan hidup seharian P. Ramlee. Terdapat juga sebuah peti besi yang merupakan tempat menyimpan pakaian bagi keluarga beliau.



Bergambar dari tingkap di ruang tengah (kiri) dan anjung (kanan)


B. BAHAGIAN LUAR
Bahagian ini mempamerkan jenis basikal kegemaran P. Ramlee semasa zaman remajanya. Terdapat juga sebuah sampan serta pokok-pokok di sekeliling rumah yang mempunyai perkaitan rapat dengan zaman kanak-kanak P. Ramlee.


   
Sebuah basikal dan sebuah sampan yang ditempatkan di bahagian bawah rumah.
 

C. GALERI P. RAMLEE
 Dalam kawasan yang sama turut ditempatkan juga Galeri P. Ramlee yang mempamerkan artifak peribadi beliau serta gambar-gambar aktivitinya semasa zaman remaja.


Galeri P. Ramlee yang terletak bersebelahan dengan Rumah Kelahiran P. Ramlee


Waktu Lawatan :

 Isnin :                  Tutup kecuali cuti umum
Selasa - Ahad :    10.00 pagi - 5.30 petang
        Jumaat :               10.00 pagi - 12.00 tengahari,
                               3.00 petang - 5.30 petang

Masuk adalah percuma!

Al-Fatihah.

No comments:

Total Pageviews