Tuesday, 3 July 2012

Jelajah > Rumah Kelahiran P. Ramlee

Assalamualaikum

Straight to the point, jom sekilas lalu menyusuri sejarah Rumah Kelahiran P. Ramlee...

Sejarah
Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak di Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang merupakan tempat kelahiran Allahyarham P. Ramlee. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee bersama dengan bapa saudaranya Rejab b. Hussein. Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun dan sekali lagi pada tahun 1948. Kini, rumah ini telah pun dibaikpulih semula buat kali ketiganya oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 1991. Walaupun begitu, bentuk asal rumah ini masih dikekalkan.

Riwayat Hidup
Nama sebenar P. Ramlee ialah Teuku Nyak Zakaria b. Teuku Nyak Puteh. Beliau telah dilahirkan pada 22 Mac 1929. Ayahanda beliau adalah seorang ahli pelayaran dari Lho' Seumawe, Acheh yang datang ke Pulau Pinang dan berkahwin dengan Che Mah bt. Hussein dari Kubang Buaya, Butterworth pada tahun 1925. Pada tahun 1948, P. Ramlee telah memasuki dunia perfileman apabila beliau menerima tawaran menyanyi dan berlakon dengan Shaw Brother Malay Film Productions di Singapura.

 Galeri Gambar
   


 Pemandangan dari luar kawasan

         
Perbezaan rumah asal (kiri) dan selepas dibaikpulih (kanan)


 A. BAHAGIAN DALAM
Rumah ini mempunyai tiga bahagian iaitu ruang tamu, ruang tengah yang menempatkan sebuah bilik tidur dan ruang dapur.


           
Ruang tamu (kiri) dan ruang dapur (kanan)
Bahagian ruang tamu merakamkan detik-detik hidup P. Ramlee dari kecil sehingga beliau berhijrah ke Singapura. Manakala ruang dapur memaparkan keadaan kedudukan dapur dan kelengkapan harian. 


 
Bilik tidur; katil dan almari pakaian
Ruang tengah iaitu di hadapan bilik tidur memaparkan alat-alat dan gambar-gambar mengenai kegiatan beliau dalam bidang seni dan sukan. Manakala bilik tidur menempatkan sebuah katil besi, sebuah meja dan cermin yang merupakan kelengkapan hidup seharian P. Ramlee. Terdapat juga sebuah peti besi yang merupakan tempat menyimpan pakaian bagi keluarga beliau.



Bergambar dari tingkap di ruang tengah (kiri) dan anjung (kanan)


B. BAHAGIAN LUAR
Bahagian ini mempamerkan jenis basikal kegemaran P. Ramlee semasa zaman remajanya. Terdapat juga sebuah sampan serta pokok-pokok di sekeliling rumah yang mempunyai perkaitan rapat dengan zaman kanak-kanak P. Ramlee.


   
Sebuah basikal dan sebuah sampan yang ditempatkan di bahagian bawah rumah.
 

C. GALERI P. RAMLEE
 Dalam kawasan yang sama turut ditempatkan juga Galeri P. Ramlee yang mempamerkan artifak peribadi beliau serta gambar-gambar aktivitinya semasa zaman remaja.


Galeri P. Ramlee yang terletak bersebelahan dengan Rumah Kelahiran P. Ramlee


Waktu Lawatan :

 Isnin :                  Tutup kecuali cuti umum
Selasa - Ahad :    10.00 pagi - 5.30 petang
        Jumaat :               10.00 pagi - 12.00 tengahari,
                               3.00 petang - 5.30 petang

Masuk adalah percuma!

Al-Fatihah.

Sunday, 1 July 2012

Sayonara Second Year~

Salam

Sudah dua hari secara rasminya sy meninggalkan semester keempat di USM. Secara tidak langsung, tahun kedua juga turut berakhir. Banyak cerita suka, namun tak kurang juga cerita duka. Kenangan menjadi senior dan junior dalam masa yang sama.

Antara kenangan terindah yang sempat dirakamkan buat kenangan di hari kemudian :

Seminar Kerja Sosial - UUM

Projek Komuniti Kerja Sosial - Kg. Tok Kepak, Jitra

Bengkel Kemahiran Sosial

Hari Keluarga Kelab Kerja Sosial

Kenangan bersama Prof Sharif - Teori dan Amalan Kerja Komuniti

Bengkel Latihan Mentor Rakan Siswa


Dan secara tidak rasminya semester kelima mula mengintai sebaik sahaja semester keempat melabuhkan tirai. Oh, Praktikum II sudah pun menanti. Selamat menjalankan tugas buat semua pekerja sosial di luar sana. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua di dunia dan akhirat, amin.

Selamat datang Tahun Ketiga merangkap FINAL YEAR!

Tuesday, 26 June 2012

Doa Menuntut Ilmu

Salam

Sy kini sedang berada di penghujung semester kedua bagi tahun kedua. Kurang 34 jam dari sekarang, sy akan menduduki peperiksaan yang terakhir bagi semester ini.

Pada waktu dan ketika sebegini, sudah pastilah buku dan nota menjadi peneman setia. Dalam asyik mengulangkaji, perkara pertama yang perlu didahulukan semestinya adalah DOA.

Sekadar memperingati diri-sendiri yang terkadang lupa dan alpa, sy kongsikan beberapa doa dalam menuntut ilmu buat amalan bersama.







Semoga ilmu yang telah dipelajari diberkati Allah dan dapat diamalkan ke jalan Allah, amin...





Saturday, 2 June 2012

Jelajah > Bukit Bendera

Salam

Menyambung kembali catatan yang telah lama tergendala.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sy sekeluarga berpeluang menjejakkan kaki ke Bukit Bendera @ Penang Hill setelah kedatangan buat kali yang ketiga. Kedatangan kali  pertama dan kedua, Bukit Bendera masih ditutup atas sebab-sebab penambahbaikan.

Jom baca sepintas lalu~

Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera (Flag Hill), namun secara umumnya ia dipanggil Bukit Pulau Pinang (Penang Hill). Berada pada ketinggian 830 meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan. Secara umumnya, ia lima darjah celcius lebih dingin daripada paras laut.

Dari kemuncak, para pelancong boleh melihat pemandangan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga sehingga ke tanah utama di seberang laut. Antara kemudahan yang terdapat di puncak Bukit Bendera ialah taman permainan, pondok-pondok rekaan lama, restoran,  penginapan, kuil Hindu, masjid, balai polis dan pejabat pos. Bukit Bendera sebenarnya digelar Bukit Strawberi kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.

Jom kita zoom sedikit panorama di Bukit Bendera~

Here we go! Keretapi Bukit Bendera~

Laluan keretapinya agak curam & menakutkan.
Tetapi pengalaman yang sangat seronok!

Cuaca agak panas apabila tiba di puncak tetapi udaranya memang dingin & mendamaikan =)

Bergambar kenangan berlatarbelakangkan Jambatan Pulau Pinang
(tak nampak sebab kabus)

Pemandangan dari puncak Bukit Bendera

Dalam keretapi~ (Madihah agak teruja tapi takut, hihi)

Wajah keretapi lama

Wajah yang baru - sangat laju dan mengagumkan!


Jom ke Bukit Bendera!!

Oh, ada sesuatu kenangan yang telah kami tinggalkan di Bukit Bendera. Bukan tapak kaki tetapi payung yang dibawa bersama! Agak sedih juga kerana tertinggal payung yang cantik itu, huhu... =(

Jumpa lagi di siri penjelajahan yang lain =)

Friday, 1 June 2012

STW 214~

Salam

Agak lama menyepikan diri. Sudah memasuki bulan baru -Jun 2012! Cepatnya masa berlalu~

Mode: Sangat lega, kepala lapang, hati senang! Baru sahaja menghantar tugasan terakhir bagi semester ini.

STW 214 ~ (Penyelidikan Kerja Sosial). Tugasan yang paling mencabar. Banyak syarat. Banyak kriteria. Banyak format baru. Banyak input baru. Alhamdulillah.

Banyak tekanan. Banyak kerisauan. Banyak kepenatan. Banyak kenangan. Banyak pengajaran. Alhamdulillah.

Hari-hari tidur lewat. Tapi malam ini tidur dengan tenang walau pun lewat =)

Habis tugasan, habis pembelajaran.............. >>>> peperiksaan akhir semester sedang menanti!

Allahhumma yassir wa la tu'assir.

Bittaufiq wannajah =)

Gambar hiasan~ Penyejuk hati =)

Thursday, 17 May 2012

BONDA~

Salam

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasihi ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku
Rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Limpahkan hidayah-Mu
Untuk ayah dan ibuku

Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyayangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi dan jasanya






SELAMAT HARI IBU, bonda!

SELAMAT HARI GURU, ayahanda & bonda!
Al-Fatihah buat ayahanda tercinta

Ingatan tulus dari anakmu; I LOVE U both~

Saturday, 5 May 2012

USM - UUM

Salam

Coretan kenangan di alam pengajian.

Beberapa minggu yang lalu, Kelab Kerja Sosial USM telah menganjurkan satu program kolaborasi bersama Persatuan Kerja Sosial UUM iaitu Seminar Kerja Sosial yang bertempat di UUM, Sintok, Kedah.




Seusai menghadiri seminar, program dilanjutkan lagi dengan Projek Komuniti Kerja Sosial yang bertempat di Kg. Tok Kepak, Kodiang, Kedah.






Bukan sekadar bersuaikenal dan bergotong-royong, malah turut mendapat keluarga angkat. Suatu pengalaman baru yang sungguh indah dan manis untuk dikenang. Semuanya akan terus kekal dalam ingatan.

Terima kasih teman~ 

Total Pageviews