Tuesday 8 November 2011

Salam Eidul Adha 1432 H

Salam

Memasuki 12 Zulhijjah, hari ketiga Aidil Adha.

Raya haji tahun ini sy berkesempatan pulang ke kampung nenda di Yan, Kedah. Memandangkan suami perlu bekerja dan tidak mendapat cuti panjang, kami memutuskan untuk pulang ke Kedah sahaja. Lebih dekat dan tidak memerlukan perjalanan yang panjang. Tambahan pula, keadaan tok wan yang tidak sihat perlu diambil kira.

Alhamdulillah, ini kali pertama beraya di rumah baru tok & wan. Kali pertama juga semua sanak saudara berkumpul di rumah baru. Bersebelahan dengan rumah pak njang menjadikan suasana lebih meriah dan happening.







Salam Eidul Adha 1432 H buat seluruh umat Islam di seantero dunia.

>> Sudah boleh daftar Haji dari sekarang untuk booking tempat ke Mekah. Agak-agaknya tahun bila ye boleh ke sana? Semoga akan ada ruang dan peluang untuk ke rumah Allah, InsyaAllah.

2 comments:

SMM said...

kalau tak silap, daftar sekarang dpt tahun 2035 ke atas. ada kawan-kawan akak yg dah daftar untuk anak-anak diorg supaya budak2 ni ada option nak pergi masa diorg 30-an atau 40-an, tapi akak tak daftar lg utk munief, fiefa & hasief. tgh 'takde mood' sbb buku TH kitorg semua hilang masa pindah2 :(

semoga kita diberi kelapangan dan peluang untuk pergi menunaikan haji. rindunya nak ke sana!

Mursyidah Ahmad Azam said...

lama jgk nk tggu tu, huhu..tu yg kena daftar cepat2...insyaAllah smga kita diberi kesempatan utk ke sana =)

Total Pageviews