Tuesday, 12 April 2011

12.04.2011

Salam

12.04.2009 - 12.04.2011 : Sudah dua tahun masa berganti dan ini bermakna si puteri kesayangan sudah berumur 2 tahun!! Tika ini memang terasa pantasnya masa berlalu. Terkenang kembali saat-saat ketika bersabung nyawa dahulu....



Tanggal 12.04.2009, jam 8.49 pagi lahirlah seorang khalifah di bumi Allah. Seorang bayi perempuan dengan berat 2.9 kg melalui kelahiran yang normal. Alhamdulillah si ibu mengucap syukur atas kurniaan dan kasih sayang dari Tuhan kerana dikurniakan kesihatan yang baik kepadanya dan si bayi. Namun, insan yang paling gembira dan teruja sudah pastilah si ayah yang melihat 2 orang insan tersayang di sisinya.

Itu cerita lama. Tetapi cerita itu tidak akan pernah luput dari ingatan. Malah, ia semakin segar dari hari ke hari. Pengalaman pertama melahirkan anak dan menjadi ibu adalah pengalaman yang sangat berharga dan tidak boleh dijual beli.

Kini, si kecil semakin membesar. Dan hari ini, usianya menjejak ke tahun yang kedua. Melihatnya membesar di depan mata adalah anugerah terindah buat si ibu dan ayah. Berjaga malam, menjaga ketika sakit, melayan kerenah, bermain bersama..itu sudah menjadi kebiasaan. Walau hakikatnya terasa penat, namun si ibu tidak mengeluh. Malah, kasih sayang terhadap si kecil semakin mekar dan bercambah.

Harapan si ibu, semoga anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan ukhrawi akan terus membesar menjadi anak yang solehah dan beriman. Semoga si anak akan menjadi harta yang paling bernilai buat si ibu dan ayah.



Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang Ke-2 buat si puteri tersayang ~
KHAIRIN MADIHAH BT. RIDUAN AZAM.
~ Mama & abah sayang Madihah =)

3 comments:

SMM said...

happy birthday, irin! :) moga jadi anak solehah..

Ummi Salsabila said...

Semoga madihah menjadi anak yg cemerlang dunia akhirat.
baru tahu mur ada blog.jemput singgah my blog.:)

Mursyidah Ahmad Azam said...

k.malini - thanks mak long! =)

odah - insyaAllah, amin..blog baru buat je ni, hehe...

Total Pageviews