Thursday, 17 May 2012

BONDA~

Salam

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasihi ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku
Rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Limpahkan hidayah-Mu
Untuk ayah dan ibuku

Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyayangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi dan jasanya






SELAMAT HARI IBU, bonda!

SELAMAT HARI GURU, ayahanda & bonda!
Al-Fatihah buat ayahanda tercinta

Ingatan tulus dari anakmu; I LOVE U both~

Saturday, 5 May 2012

USM - UUM

Salam

Coretan kenangan di alam pengajian.

Beberapa minggu yang lalu, Kelab Kerja Sosial USM telah menganjurkan satu program kolaborasi bersama Persatuan Kerja Sosial UUM iaitu Seminar Kerja Sosial yang bertempat di UUM, Sintok, Kedah.




Seusai menghadiri seminar, program dilanjutkan lagi dengan Projek Komuniti Kerja Sosial yang bertempat di Kg. Tok Kepak, Kodiang, Kedah.






Bukan sekadar bersuaikenal dan bergotong-royong, malah turut mendapat keluarga angkat. Suatu pengalaman baru yang sungguh indah dan manis untuk dikenang. Semuanya akan terus kekal dalam ingatan.

Terima kasih teman~ 

Sunday, 29 April 2012

3rd Birthday~

Salam

Menyambung kembali post mengenai hari lahir anakanda tersayang; Khairin Madihah di Hari Ulangtahun Kelahiran yang Ke-3.

Antara rakaman detik-detik indah di Hari Lahirmu sayang =)
Tarikh : 14.04.2012
Tempat : Teratak Bonda

Madihah the Dora! =)

Kaum keluarga

Dapat hadiah dari Tok, terima kasih Tok!

Sepupu~

Terus main!

Jom potong kek!

Ice Cream time~

Happy Birthday sayang!

Birthday girl =)


Semoga besarmu menjadi anak yang solehah dan hamba Allah yang bertaqwa, insyaAllah.. Mama dan abah sayang Ha! =) 

Tuesday, 17 April 2012

Selamat Hari Lahir sayang!

Salam

12.04.2012 - sudah lima hari berlalu. Baru berkesempatan untuk mencoretkan sedikit bingkisan sempena hari lahir sang puteri.

Alhamdulillah, sudah tiga tahun berlalu sejak kehadiran sang puteri dalam hidup sy & suami. Kehadiran yang sangat ditunggu dan kelahiran yang amat dinanti =). Saban hari membesarkan dan melayan aksi sang puteri adalah suatu pengalaman indah yang sukar digambarkan. Dalam suka dan gembira, tidak terlepas juga waktu berduka. Namun, keletah dan wajah comel sang puteri pasti mengubat hati.

Antara rakaman detik-detik indah meluangkan masa berkualiti bersama sang puteri di hari lahirnya...

Pandai dia buat muka bila mama nak ambil gambar~

Anak mama =) 

Three of us ~

Sang puteri kesayangan ~

Anak abah juga =)

Selamat Hari Ulang Tahun yang ke-3 buat sang puteri
KHAIRIN MADIHAH BT. RIDUAN AZAM
Love you so much my dear!!

(Next entry: Rakaman sambutan hari lahir sang puteri)

Friday, 6 April 2012

Si Jantung Hati~

Salam

Sekadar mengisi kesepian blog agar tidak terlalu kekosongan
(Mode: Sangat sibuk dengan assignment) ~

Melayan wajah kesayangan hamba. Tersenyum sendiri melihat aksi-aksi sang puteri yang sedang membesar =)

Spec mata dari sekolah

Tolong mak uda letak kacang badam dalam coklat

Madihah ambil sendiri gambar dia (mata silau kena flash kamera)

Peace =)

Baru ambil dari sekolah

Senyum sambil mewarna

Tiada kerja ~

Suka kucing tapi takut ~

KHAIRYNNS >>> Penawar di kala kedukaan, penyejuk di kala kemarahan, peneman di kala kesunyian, penghibur di kala kesusahan, penyeri di kala kesepian dan pelengkap kehidupan mama & abah =)

Sayang ha! 

Saturday, 17 March 2012

Santapan buat suami =)


Salam

Sudah lama rasanya tidak buat entry tentang masak-memasak. Minggu lepas, sy berkesempatan pulang ke kampung menjenguk nenda berdua. Alhamdulillah, nenda sihat-sihat sahaja. Sebelum pulang, kami sempat menjengah ke Pekan Ahad. Dan suami membeli lala kegemarannya.

Hidangan buat suami; Lala Masak Lemak Cili Padi (antara favourite suami).
Senyum satu hari =)

Kemudian, sy pula yang teringin makan nasi lemak gara-gara terliur melihat gambar nasi lemak, huhu. Sudah lama tidak makan nasi lemak buatan sendiri. Hendak dijadikan cerita, disebabkan tiada daun pandan untuk dimasukkan ke dalam nasi lemak, maka sy gantikannya dengan sesudu kecil esen pandan (resepi sendiri, boleh la, hehe..).

Nasi Lemak Sambal Udang versi Jawa (sebab ada tempe, hehe).

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Allah s.w.t.

Thursday, 8 March 2012

^8 Mac^

Salam

Merakamkan momen-momen indah bersama insan-insan tercinta di hari ulang tahun kelahiranku~

Nganga luas-luas, mama nak suap ni...

Cubaan mengenyit mata, hehe...

Terima kasih Cinta =)

Syukur Alhamdulillah pada Ilahi atas nikmat usia dan kehidupan. Jutaan terima kasih buat bonda tersayang kerana melahirkan & membesarkanku selama ini. Love u so much bonda! Terima kasih buat suami kerana memberikan momen indah bersama. Juga terima kasih semua atas ucapan selamat. Dan terima kasih atas doa yang dipanjatkan. Serta terima kasih atas ingatan. Sayang kamu =)

TO ME ~
Semoga amalanku juga bertambah hendaknya, InsyaAllah. =)

Total Pageviews