Monday, 9 May 2011

Selesai sudah...

Salam

Alhamdulillah, semester kedua telah pun berakhir seminggu yang lalu. Dan kini bermulalah cuti semester sebelum sy melangkah ke semester yang baru.

Sekadar mengingat kembali kisah ceritera si kecil semasa musim peperiksaan mama :

1. Mama ambil bekas pensil, ambil pen nak tulis nota, Madihah pun sibuk nak ambil pen juga.

2. Mama tulis nota di buku, Madihah pun conteng buku mama.

3. Mama tengah leka tulis nota, Madihah pun sedang leka conteng sofa dengan magic pen.



4. Mama sibuk tulis nota, Madihah dah conteng kaki dan tangan dia.



5. Mama ambil buku nak baca, Madihah pun ambil buku kat tangan mama nak baca juga.

6. Mama sedang leka baca buku, Madihah tarik muka mama suruh tengok dia.

7. Bila mama tak tengok Madihah, dia mula menangis kuat-kuat.

Madihah, macam mana mama nak baca buku ni?

Semoga Allah permudahkan segala urusanku, Rabbi yassir wala tu'assir.
Dan semoga mama mendapat keputusan yang cemerlang, insyaAllah...Aminnn...

Sunday, 8 May 2011

Buatmu IBU ~

Salam

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu



Terima kasih ibu atas segala jasa dan pengorbananmu... Hanya Allah yang mampu membalas segalanya... Ku berdoa agar Dia sentiasa merahmati dan mengasihimu dunia akhirat...

Setiap hari adalah Hari Ibu, kami sayang ibu =)

Monday, 18 April 2011

Peperangan bermula...

Salam

Peperangan? Apa yang berperang? Peperangan minda sebenarnya. Alkisahnya, hari ini adalah hari pertama peperiksaan akhir bagi Semester 2. Bermula 18.04.20011 dan akan berakhir pada 03.05.2011.

Setelah penat berhempas pulas(?) membaca, mengulangkaji, membelek, mengingat dan yang seangkatan dengannya, alhamdulillah perjalanan hari ini dimulakan dengan begitu baik.

Subjek TITAS (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) sebenarnya bukanlah subjek yang terlalu mudah atau terlalu susah. Kalau sudah namanya sejarah, mahu atau tidak, kita memang perlu membaca dan membaca dan terus membaca. Nota kecil, nota besar, buku, tampal di dinding - bermacam-macam cara digunakan untuk memastikan ilmu yang dibaca masuk dan terus melekat di kepala.

Alhamdulillah, selesai sudah satu subjek dan masih ada tiga subjek lagi. Tiga subjek yang lain (termasuk ko-k) dinilai sepenuhnya melalui kerja kursus dan tiada peperiksaan akhir. Semoga keputusannya nanti akan baik-baik juga =)

Teruskan membaca dan Semoga Berjaya kepada semua! =)
Berjaya di dunia juga di akhirat, amin...

Next paper is on Friday : Academic English!

Tuesday, 12 April 2011

12.04.2011

Salam

12.04.2009 - 12.04.2011 : Sudah dua tahun masa berganti dan ini bermakna si puteri kesayangan sudah berumur 2 tahun!! Tika ini memang terasa pantasnya masa berlalu. Terkenang kembali saat-saat ketika bersabung nyawa dahulu....



Tanggal 12.04.2009, jam 8.49 pagi lahirlah seorang khalifah di bumi Allah. Seorang bayi perempuan dengan berat 2.9 kg melalui kelahiran yang normal. Alhamdulillah si ibu mengucap syukur atas kurniaan dan kasih sayang dari Tuhan kerana dikurniakan kesihatan yang baik kepadanya dan si bayi. Namun, insan yang paling gembira dan teruja sudah pastilah si ayah yang melihat 2 orang insan tersayang di sisinya.

Itu cerita lama. Tetapi cerita itu tidak akan pernah luput dari ingatan. Malah, ia semakin segar dari hari ke hari. Pengalaman pertama melahirkan anak dan menjadi ibu adalah pengalaman yang sangat berharga dan tidak boleh dijual beli.

Kini, si kecil semakin membesar. Dan hari ini, usianya menjejak ke tahun yang kedua. Melihatnya membesar di depan mata adalah anugerah terindah buat si ibu dan ayah. Berjaga malam, menjaga ketika sakit, melayan kerenah, bermain bersama..itu sudah menjadi kebiasaan. Walau hakikatnya terasa penat, namun si ibu tidak mengeluh. Malah, kasih sayang terhadap si kecil semakin mekar dan bercambah.

Harapan si ibu, semoga anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan ukhrawi akan terus membesar menjadi anak yang solehah dan beriman. Semoga si anak akan menjadi harta yang paling bernilai buat si ibu dan ayah.



Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang Ke-2 buat si puteri tersayang ~
KHAIRIN MADIHAH BT. RIDUAN AZAM.
~ Mama & abah sayang Madihah =)

Friday, 8 April 2011

Final of 2nd Semester

Salam

Alhamdulillah, kelas pengajian dan segala tugasan untuk semester kedua telah pun sampai ke penghujungnya. Serentak dengan itu, maka minggu mengulangkaji akan bermula. Seterusnya peperiksaan akhir semester akan mengambil tempat pada 18/04/2011 - 03/05/2011.

Sekadar memetik coretan dari CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH, antara sifat pelajar cemerlang ialah :

1. Menjaga hubungan dengan Allah (hablu minallah):
- solat fardhu di awal waktu
- bersihkan hati daripada sifat mazmumah
- qiyamullail (Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Witir & Solat
Istikharah) setiap malam / setiap minggu
- berpuasa sunat Isnin dan Khamis
- mengamalkan Solat Dhuha setiap pagi
- memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. setiap hari
(jumlah yang disyorkan ialah 1000 kali sehari)
- makan makanan yang halal dan jauh dari syubhah

2. Menjaga hubungan dengan manusia (hablu minannas) :
- mentaati ibubapa dan elakkan menyakiti hati mereka
- selalu memohon ampun dari ibubapa dan mendoakan mereka
- berbuat baik pada guru-guru dan sentiasa mendoakan mereka
- ikhlas dalam persahabatan
- selalu tersenyum kepada sesama Muslim
- menjaga tutur kata
- elakkan dari menyusahkan orang lain selagi mampu berdikari
- menanamkan rasa cinta kepada sesama muslim
- jika berbuat kesalahan, segeralah memohon maaf
- menghormati orang yang lebih tua dan bersikap adil kepada yang lebih muda
- bercakaplah dengan lemah-lembut dan berhikmah

Semoga ia dapat dijadikan amalan harian dan sentiasa beristiqamah dalam melakukannya. Rabbi yassir wala tu'assir...

Usaha, Doa & Tawakkal : Semoga segala ilmu yang telah ku pelajari diberkati Allah & semoga Allah permudahkan semua urusanku untuk menghadapi peperiksaan akhir ini, Amin....

Sunday, 20 March 2011

Assignments.....

Salam

Tika dan saat ini, sy sgt sibuk menyelesaikan beberapa tugasan yang semakin menghampiri tarikh penyerahannya. Ada tugasan individu dan ada yang berkumpulan.

Sedar tak sedar, cuma tinggal lebih kurang tiga minggu sahaja lagi sebelum minggu ulangkaji akan tiba. Munculnya minggu ulangkaji bermakna peperiksaan akhir juga bakal muncul dalam masa kurang dari sebulan. Aduhh...! Terasa begitu cepat masa berlalu. Awal bulan Mei ini tamatlah sudah pengajian di Semester Dua dan ini bermakna selesailah sudah tahun pertama.

Dalam sibuk bergelut dengan tugasan, belajar, si kecil dan rumah tangga, sempat lagi sy mencuba satu resipi baru; APAM POLKADOT =)



Dan sekadar berkongsi beberapa aksi si kecil =)






Oh ya! Madihah baru sahaja mendapat adik sepupu baru ^little Ridhwan^. InsyaAllah hujung minggu depan kami akan pulang ke teratak bonda dan melawat baby baru! =)

Tuesday, 8 March 2011

Warmest Birthday =)

Salam

MAY YOU HAVE GOD'S BEST IN EVERYTHING

May you have all the joy
your heart can hold,

All the smiles a day
can bring,

All the blessings a life
can unfold,

May you have God's best
in everything

Wishing you a very Happy Birthday;
My dear MURSYIDAH AHMAD AZAM!

Total Pageviews