Salam
Sudah dua hari secara rasminya sy meninggalkan semester keempat di USM. Secara tidak langsung, tahun kedua juga turut berakhir. Banyak cerita suka, namun tak kurang juga cerita duka. Kenangan menjadi senior dan junior dalam masa yang sama.
Antara kenangan terindah yang sempat dirakamkan buat kenangan di hari kemudian :
Seminar Kerja Sosial - UUM
Projek Komuniti Kerja Sosial - Kg. Tok Kepak, Jitra
Bengkel Kemahiran Sosial
Hari Keluarga Kelab Kerja Sosial
Kenangan bersama Prof Sharif - Teori dan Amalan Kerja Komuniti
Bengkel Latihan Mentor Rakan Siswa
Dan secara tidak rasminya semester kelima mula mengintai sebaik sahaja semester keempat melabuhkan tirai. Oh, Praktikum II sudah pun menanti. Selamat menjalankan tugas buat semua pekerja sosial di luar sana. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua di dunia dan akhirat, amin.
Selamat datang Tahun Ketiga merangkap FINAL YEAR!
No comments:
Post a Comment