Allahhu akbar! Lamanya tak update, sedih. Sibuk memang sibuk, tapi sampai bila pun kerja tidak pernah habis. Perlu ada masa untuk diri dan keluarga juga. Pesanan dari pihak penaja =).
Tidak punya masa untuk membuat coretan panjang, masih ada tugasan yang sedang menanti. Cover dahulu dengan beberapa aksi-aksi sang puteri, buat kenangan di masa hadapan.
Madihah sememangnya sedang membesar dengan pelbagai karenah dan ragam. Ada yang menghiburkan, tak kurang juga yang menguji kesabaran. Kadang mampu membuatkan tertawa, kadang terlepas juga kemarahan. Sabar, sabar, sabar.
Semoga mama dan abah terus diberi kekuatan dan ketabahan untuk membesarkan Madihah agar menjadi anak yang solehah dan insan yang bertaqwa, In sha Allah.
Sayang Ha!
No comments:
Post a Comment