Wednesday, 7 March 2012

Sang puteri diserang Campak!

Salam

Alkisah diriwayatkan sang puteri telah diserang campak! Tetapi, tidak demam. Jadi, campak sahaja. Isnin lepas semasa menyiapkan sang puteri ke nursery, sy perasan seperti ada bintik merah di muka dan tangannya, tetapi sy jangkakan ia mungkin kerana gigitan nyamuk. Keesokannya, kelihatan pula bintik-bintik baru muncul di bahagian belakang badannya. Hati mula was-was, adakah ia demam campak? Oh, tidak! Ingin menolak perasaan negatif ini, sy sapukan sedikit bam dengan harapan ia akan hilang.

Tetapi, semalam bintik-bintik itu masih tidak hilang malah sudah bertambah ke bahagian kaki. Memang sah kena bawa berjumpa doktor. Dan akhirnya, doktor mengesahkan keraguan sy. Namun, sy agak pelik kerana sang puteri tidak pula demam. Tambahan pula, sang puteri pernah diserang demam campak sewaktu di usia bayi dahulu. Mengikut kata doktor, memang ada insan-insan terpilih yang diserang demam campak buat kali yang kedua. Oh, kasihan anakku. Sekali lagi dugaan, ya Allah...

Nampaknya, sang puteri tidak boleh ke nursery supaya tidak berjangkit. Sy dan suami bergilir-gilir menjaganya. Tidak mengapa, demi anak tersayang. Sabar melayan rengekan sang puteri yang terkadang menggaru-garu kegatalan. Sabar menyapu ubat ke seluruh badannya dengan penuh kasih dan sayang. Sabar menghadapi pelbagai karenah dan kecerdikannya =).

Sekadar mengimbas kembali wajah sang puteri kala diserang kali pertama pada usia 8 bulan...

Bintik-bintik merah penuh di muka

Satu muka sapu lotion

Aksi ketika demam

Wajah kesayangan hamba pada saat dan ketika berusia 2 tahun 11 bulan...

Selepas disapu ubat

Kasihan anakku ~

Semoga sang puteri kembali sihat dan dikurniakan kesihatan yang baik, insyaAllah. Amin Ya Rabb.

No comments:

Total Pageviews